top of page
Adsız tasarım (8).png

Home / Pakej Haji

Pakej Haji 2023

Hisar Travels telah menawarkan pakej haji 2023, termasuk kursus-kursus menyiapkan diri untuk ibadah Haji, tempat penginapan, pengangkutan dan banyak lagi. Hisar Travels juga memastikan program ibadah Haji selamat bagi semua jemaah Haji. Dalam pakej ini juga anda akan ke tempat-tempat suci selain dari Mekah, dan anda dapat melakukan semua aktivit/amalan-amalan dengan sepenuhnya.

 

Sebelum anda mendaftar untuk pakej ini, bacalah yang berikut sebuah ringkasan tentang ibadah Haji.

Apa itu ‘Haji’?

Haji merupakan rukun islam yang kelima yang mana dilakukan dengan mengorbankan harta dan tenaga. Kami sebagai Hisar travel menyediakan persiapan haji secara menyeluruh.Kami membantu dari setiap aspek dengan mengadakan kursus haji sebelum berangkat ke tanah suci dengan menitik beratkan persiapan rohani&maknawi serta jasmani untuk bekalan ketika berada tanah suci.

 

 

Setiap Muslimin/Muslimat harus menunaikan Haji di kota suci Mekah di Arab Saudi, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Ini bagi mereka yang mampu mengerjakan Haji dari segi kewangan dan fizikal, dan hanya boleh berbuat demikian tanpa membebani keluarga mereka. Seseorang boleh menghantar wakil untuk mewakili mereka supaya mereka boleh menunaikan dan menyempurnakan ibadah Haji. Seperti apa yang diterangi di Al-Qur'an surah Ali Imran ayat 97:

 

"Dan kewajipan manusia (kepada Allah) bagi yang sudah mampu melaksanakan ibadah haji, adalah segera dengan segera menunaikannya."

 

 

Apabila masuk Mekah, jemaah Haji harus berjalan sekeliling ka’abah di Masjidil Haram sebanyak 7 kali. Ini akan dimulai dari Hajar Aswad dimana Ka’bah di sebelah kiri orang yang bertawaf. Mereka yang bertawaf harus bertutup aurat dan bersih – dari najis atau hadas. Mereka juga dapat menyentuh/mencium Hajar Aswad. Selaian dari itu, jemaah Haji harus berlari sebanyak 7 kali antara Bukit Marwah dan Safa selepas selesai tawaf.

Ihram bermaksud/dikenali apabila jemaah Haji berada dalam 10 kilometer dari Mekah dengan keadaan yang suci sambil memakai Ihram – pakaian yang dijahit bagi kaum wanita dan dua helai kain putih bagi kaum lelaki. Semasa ibadah Haji, jemaah harus mengelak daripada memotong rambut dan kuku.

 

Selain dari Mekah, anda akan ke tempat-tempat suci seperti Mina, Muzdalifah dan Jabal Al-Rahmah. Apabila ke tempat-tempat ini, korban akan dilakukan dan jemaah lelaki akan mencukur rambut dan bagi jemaah wanita, sehelai rambut. Jemaah juga akan melontar 7 batu ke 3 jamrah – ula, wusta dan aqabah. Selalunya  tempat-tempat ini akan dikunjungi pada hari 8th – 12th.

 

Setelah mengunjungi tempat-tempat suci, jemaah haji akan balik ke Mekah untuk bertawaf sekeliling Ka’abah pada kali terakhir.

 

Ada larangan-larangan yang harus diindahkan semasa melakukan ibadah Haji:

 

Lelaki:

Pakaian berjahit

Memakai topi atau sebarang yang menutupi kepala

Memakai celana yang menutupi mata kaki

 

Perempuan:

Menutup muka dan tapak tangan

 

Lelaki dan Perempuan:

Bersetubuh

Memakai wangi-wangian

Mengadakan akad nikah

Memotong kuku

Memotong rambut atau bulu badan

Memburu dan membunuh binatang

 

Dan sedemikian adalah ringkasan ibadah Haji. Jangan khuatir, anda akan dijelaskan lebih lanjut dengan kursus Haji kami. Kami akan memastikan anda bersiap sedia untuk melaksanakan ibadah Haji tanpa kekurangan dimana-mana aspek.

 

 Hisar travels akan mengendalikan pakej Haji 2023 bagi umat Islam Malaysia. Pakej ini termasuk tempat penginapan di Mekah dan lain, kos penerbangan, tranport sepanjang perjalanan travel insuran dan kursus-kursus Haji yang lengkap. Makanan juga disiapkan, tak perlu khuatir akan kekurangan makanan. Anda juga boleh membeli belah cenderahati dan seluruh program Haji dikendalikan oleh Mutawwif yang berpengalaman dan profesional. Hisar travels akan memastikan semua akan berjalan dengan lancar.

5-5.png

Alamat Pejabat

B-11-1B Jalan Prima Saujana 2/A,

​

Seksyen 2, Taman Prima Saujana

 

43000 Kajang, Selangor / Malaysia

Hotline

+603 8740 5242

​

+60 13 933 1453

​

hisartravelsdnbhd@gmail.com

​

https://hisartravel.wassap.my/

Opening Hours

Mon - Fri : 9:00 am – 6:00 pm

Saturday : 9:00 am – 1:00 pm

​

​

Jomumrah 2019-2023 © Hak Cipta  Hisar Travel Sdn Bhd Terpelihara

213123.png
3532.png
12133.png
Adsız tasarım (1).png
Adsız tasarım (3).png
Adsız tasarım (2).png
Adsız tasarım (4).png
bottom of page