top of page
Madinah/Umrah

SOALAN LAZIM 

  • BAGAIMANA CARA PEMBAYARAN?
    Wang pendahuluan hanya serendah RM800 seorang. Pelucutan deposit serendah RM300 sekiranya membuat pembatalan. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh berlepas. Pembayaran terus kepada akaun HISAR TRAVEL SDN BHD No Akaun : 562021636119 (MAYBANK) Kanak-kanak berumur 2-12 tahun akan diberikan diskaun daripada harga pakej dewasa seperti berikut : Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan tambang penerbangan infant & cukai insurans & Visa (+RM2500)
  • APAKAH SYARAT-SYARAT MAHRAM (JIKA MENGGUNAKAN VISA UMRAH)?
    Lelaki berumur 18 tahun ke bawah dan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu mengerjakan umrah bersama Mahram. Mahram mestilah lelaki yang berusia 18 tahun ke atas sama ada Suami / Bapa / Adik-beradik lelaki / Pak Cik sebelah Bapa / Datuk sebelah bapa / Bapa Tiri / Bapa Angkat / Anak lelaki.
  • BAGAIMANA SEKIRANYA KUOTA JEMAAH UMRAH TIDAK MENCUKUPI ?
    Sekiranya kuota tidak mencukupi, syarikat akan menunda / membatalkan pakej. Sekiranya syarikat membatalkan pakej, 100% wang akan dikembalikan.
  • ADAKAH SUNTIKAN VAKSIN DIPERLUKAN SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH?
    Ya. Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah https://www.saudiembassy.net/hajj-and-umrah-health-requirements
  • BOLEHKAH SAYA BATALKAN?
    Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut: PERKARA 3.2.1 Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan cajRM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi. PERKARA 3.2.2 -Pembatalan dalam tempoh 36 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dariharga pakej. -Pembatalan dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dariharga pakej. -Pembatalan dalam tempoh 8 – 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dariharga pakej. -Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj100% dari harga pakej. -Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan
  • KURSUS UMRAH
    Kursus Umrah akan diadakan selewatnya 2 minggu sebelum berlepas.
  • APAKAH KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA UNTUK MENUNAIKAN UMRAH?
    ITEM YANG DIPERLUKAN: Pasport Kad pengenalan Tiket kapal terbang Rekod Vaksin Gambar berukuran pasport bersaiz 4 cm x 6 cm Salinan Sijil pernikahan(jika menggunakan visa Umrah) Duit Nombor telefon dan alamat Ubat-ubatan Surat pengesahan doktor (untuk individu dengan masalah kesihatan) Air garam/air minuman Gunting lipat tahalul (kecil) Kayu sugi (miswak) Selipar getah Sejadah Tali pinggang/beg pinggang Sabun tanpa wangian Botol penyembur (untuk mengambil wudhu) Power bank KHUSUS UNTUK LELAKI Kain Ihram Pakaian yang selesa Pakaian dalam (kain kapas) KHUSUS UNTUK WANITA Skarf/Hijab & Abaya Anak tudung Pengikat/klip rambut Beg kecil/dompet Tuala wanita/pad Pin Pakaian dalam (kain kapas)
  • APAKAH ITEM PERCUMA YANG DISEDIAKAN JIKA SAYA MENEMPAH PAKEJ UMRAH BERSAMA HISAR?
    3 jenis beg (bagasi 24”, beg silang, beg sandang) dan buku panduan Umrah. 4 jenis beg bagi kumpulan premium (bagasi 24” ,bagasi 20” , beg silang, beg sandang) dan buku panduan Umrah.
  • MACAM MANA NAK BELI SIMKAD?
    Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan ditentukan oleh Pembimbing Kami untuk memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna setelah tiba di Jeddah kelak. Pelanggan disyorkan untuk menyelesaikan urusan pengaktifan akaun aplikasi Tawakkalna dalam masa 8 jam selepas tiba di Arab Saudi.
  • ADAKAH SAYA PERLU MEMBELI SIM KAD TEMPATAN KETIKA BERADA DI ARAB SAUDI? ADAKAH SAYA PERLU MENGAKTIFKAN PERAYAUAN ANTARABANGSA (ROAMING) KETIKA BERADA DI SANA?
    Anda boleh mengaktifkan perayauan antarabangsa (roaming) pembekal perkhidmatan sedia ada anda. Namun, harga sedikit mahal dan kadar caj tertakluk pada telko masing-masing. Kami mengesyorkan anda untuk membeli kad sim di kiosk telko dan kadar tambah nilai adalah tertakluk pada pakej.
  • APLIKASI TAWAKKALNA & EATMARNA SANGAT DIPERLUKAN SEPANJANG KEBERADAAN DI SAUDI. APA BEZA KEDUA-DUA APLIKASI NI ?
    Tawakkalna adalah aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti MySejahtera di Malaysia) Eatmarna adalah aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW. Pendaftaran untuk kedua-dua aplikasi ini hanya boleh menggunakan nombor telefon Arab Saudi sahaja.
  • ADAKAH SAYA PERLU MEMBAWA TUNAI KE MEKAH/MADINAH? BERAPAKAH ANGGARAN AMAUN YANG SAYA PERLU BAWA? DI MANAKAH SAYA BOLEH MELAKUKAN TRANSAKSI PENUKARAN MATA WANG?
    Sukar untuk mencadangkan amaun yang perlu dibawa kerana setiap orang mempunyai tabiat berbelanja yang berbeza. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil kira perkara berikut semasa membuat belanjawan sebelum berlepas. Membeli-belah – Asingkan duit belanja untuk membeli barangan atau cenderamata untuk diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Buat senarai barangan yang ingin dibeli atau individu dan amaun yang perlu dibelanjakan. Caj kargo atau bagasi tambahan jika anda merancang untuk membeli banyak barangan. Amal jariah (sedekah). Makanan dan minuman
  • BOLEHKAH SAYA MERANCANG SENDIRI JADUAL PERJALANAN UMRAH DIY SAYA?
    Ya. Umrah DIY bersama Hisar membolehkan anda memilih penginapan, pengangkutan, program yang akan dijalankan, visa dan mutawif mengikut pilihan dan bajet anda.
  • BERAPA KALI SAYA BOLEH MELAKUKAN UMRAH?
    Anda boleh melakukan Umrah sebanyak mungkin. Umrah akan dilakukan sebanyak 3 kali jika anda menyertai pakej Umrah berkumpulan, kesemua Umrah dengan bimbingan Mutawwif.
  • BERAPA AWAL PERLU SAYA BERADA DI LAPANGAN TERBANG SEBELUM PERLEPASAN?
    Anda dinasihatkan untuk berada di lapangan terbang 4 jam sebelum perlepasan
  • ADAKAH AIR ZAM-ZAM DIBEKALKAN KEPADA SETIAP JEMAAH UNTUK DIBAWA PULANG?
    Kami membekalkan 5 liter air zam-zam untuk setiap jemaah yang boleh didapatkan selepas mendarat di KLIA.
  • Tidak menjumpai jawapan yang diperlukan?
    Hubungi Hisar Travel Sdn Bhd sekarang! WS:0139331453
5-5.png

Alamat Pejabat

B-11-1B Jalan Prima Saujana 2/A,

Seksyen 2, Taman Prima Saujana

 

43000 Kajang, Selangor / Malaysia

Hotline

+603 8740 5242

+60 13 933 1453

hisartravelsdnbhd@gmail.com

https://hisartravel.wassap.my/

Opening Hours

Mon - Fri : 9:00 am – 6:00 pm

Saturday : 9:00 am – 1:00 pm

Jomumrah 2019-2023 © Hak Cipta  Hisar Travel Sdn Bhd Terpelihara

213123.png
3532.png
12133.png
Adsız tasarım (1).png
Adsız tasarım (3).png
Adsız tasarım (2).png
Adsız tasarım (4).png
bottom of page