top of page

Kenapa Harus Memilih Kami
Hisar Travel Malaysia
Kenapa Harus Memilih Kami
-
Hisar Travel ialah sebuah syarikat pelancongan Umrah dan pelancongan halal antarabangsa yang berpusat di Istanbul, Turki, dan telah melebarkan sayapnya ke pelbagai negara utama seperti Jerman, Amerika Syarikat, Rusia, Kazakhstan, United Kingdom, Malaysia, Singapura, Korea Selatan dan Afrika Selatan.
-
Hisar Travel Malaysia menyediakan perkhidmatan ibadah Umrah dengan harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti perkhidmatan bertaraf tinggi. Semua perancangan dan pelaksanaan program Umrah dikendalikan oleh pasukan profesional Hisar Global yang telah terbukti dari segi pendidikan, pengalaman dan komitmen, mengikut manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
-
Menyediakan penerbangan terus (tanpa transit) dari bandar-bandar utama seperti:
Jakarta, Medan, Surabaya, Solo, Kuala Lumpur, Singapura, Tokyo, Seoul, Melbourne dan Sydney
menuju ke Madinah al-Munawwarah atau Jeddah untuk keselesaan dan kelancaran perjalanan jemaah. -
Hisar Travel sentiasa memberikan layanan Ibadah Umrah/ Tawaf minimum 3 kali termasuk Tawaf Wada.
-
Pasukan Hisar Travel yang berada di Mekkah Al Mukarramah dan Madinah AlMunawwarah sentiasa bersiap sedia demi menyediakan layanan 24 jam kepada para jemaah umrah.
-
Demi keselesaan layanan ibadah umrah serta ziarah-ziarah ke beberapa tempat, Hisar Travel menyediakan Headset Bluetooth (Transmitter Audio) untuk para jemaah dengan mudah dan selesa dapat mendengar ceramah / siraman rohani dari Mutawwif profesional kami.
-
Hisar Travel menyediakan full board meal 3 kali sehari dengan menu masakan Nusantara
-
Untuk setiap jamuan sarapan, makan tengahhari, dan makan malam, Hisar Travel sentiasa menyediakan daging yang Halal & segar (sapi, kambing atau ayam), bukan daging import dari negara lain.
bottom of page