top of page
persiapan umroh.jpg

Persiapan umrah

Persiapan Rohani

  • Meluruskan NiatNiat merupakan asas kepada setiap amal. Jika niat kita benar, iaitu untuk beribadah semata-mata kerana Allah SWT dan mengharap reda-Nya, maka insya-Allah ibadah umrah akan berjalan dengan sempurna dan diberkati.

  • Bertaubat atas semua kekhilafan yang ada, memohon ampun atas segala perbuatan dan dosa, meminta maaf pada semua pihak yang pernah berhubung dengan kita

  • Sebelum memulai perjalanan umrah, penting untuk memperbanyakkan Istighfar agar dapat dibersihkan dari dosa-dosa kita.

  • Kerana kita akan mengunjungi Nabi saw dalam perjalanan umrah, maka perlu membaca banyak Salawat sebagai hadiah agar tidak pergi dengan tangan kosong.

  • Selain itu, kita harus mempersiapkan ibadah-ibadan yang lain nya seperti, solat tasbih, solat tahajud, solat duha, solat sunnah awwabin, banyak membaca Al-Qur'an, bayak membaca Surah Al - Ikhlas, Surah Yasin, Ayat Kursi, dan doa-doa sebelum melakukan perjalanan umrah untuk mempersiapkan diri secara spiritual.

  • Ketika pergi ke perjalanan umrah, sangat penting untuk pergi ke kapal terbang dan bas dengan berwudhu, jadi berehatlah dengan baik pada hari sebelum perjalanan.

Persiapan Teknikal

  • Bacalah beberapa kali Buku Panduan Umrah dan Buku Doa yang telah diberikan kepada Anda.

  • Ambillah Vaksin Maningitis

  • Persiapan mebawa bagasi maksimum 30 kg, dan maksimum berat beg galas adalah 8 kg

  • Letakkanlah tanda atau isyarat khusus pada beg dan bagasi anda

  • Bawalah secukupnya ubat - ubatan yang selalu digunakan.

  • Pastikan kelengkapan umrah anda berada didalam bagasi.

  • Berehatlah secukupnya untuk menjaga kesihatan selama umrah.

  • Kurangkan mengambil air berlebihan pada 24 jam sebelum perjalanan agar tidak memberikan ketidakselesaan dan supaya menjaga wudhu anda dalam waktu yang lama.

  • Jemaah yang menggunakan Kerusi Roda harap dapat memaklumkan kepada Petugas Hisar Travel.

  • Menghadiri seminar umrah yang diadakan sebelum perjalanan umrah.

  • Pastikan anda membawa wang yang secukupnya bagi dapat memenuhi keperluan peribadi anda di sana, anda juga dapat menukar wang Riyal dari kaunter penukaran wang dimasa anda pergi.

  • Pastikan untuk bersedia di airport pada waktu yang ditentukan.

  • Jangan sesekali memasukan passport dan tiket flight umrah anda ke dalam bagasi anda

  • Tempatkan barang bawaan Anda ke tempat yang diarahkan.

  • Masukkan sticker bagasi dan boarding pass Anda ke dalam beg silang anda.

  • Walau dimanapun anda berada pastikan sentiasa memakai nametag jemaah yang diberikan untuk menjaga dari hal-hal yang tidak diinginkan

  • Segala undang-undang dari airport Arab Saudi sehingga di Hotel adalah berada dibawah pemerintahan Arab Saudi.

  • Ikutilah arahan Tour Leader anda dan jangan tinggalkan jemaah anda.

  • Jika ada sebarang soalan, jangan segan untuk bertanya kepada Tour Leader anda

  • Pasukan kami yang berada di Mekkah Al Mukarramah dan Mandinah Al Munawwarah sentiasa bersiap sedia untuk menyediakan layanan 24 jam kepada para jemaah umrah.

bottom of page